Tuesday, February 3, 2009

2-Sejenak

Tetapi Bila difikirkan semula. Sejenak mengenang kembali detik-detik kita mula mengenali Obama, dia sememangnya tidak pernah berjanji dengan kita semua, warga dunia, untuk mengubah dasar luar Amerika. Mungkin perubahan yang dijanjikan Obama hanyalah kepada warga Amerika Syarikat sahaja. Perubahan yang dicanang hanyalah kepada lanskap politik dalaman negara kuasa dunia tersebut. Amerika Syarikat sememangnya masih belum bersedia untuk keamanan sejagat. Hukum dua darjat terpakai di sini. Ya, mungkin kita saja yang cepat teruja. Berharap pada yang tidak pernah ada! Obama muncul ketika semua mencemuh Amerika dan politikus-politikusnya, dengan harapan akan muncul insan berperikemanusiaan dalam scenario politik negara polis dunia itu. Itulah sebabnya kita berlapang dada, menghulurkan salam persahabatan apabila Obama muncul dengan mesej perubahannya. Namun masih ada diantara kita yang tidak berputus harap. Masih ada yang percaya kepada janji Obama. Ada yang berpendapat apa yang diperkatakan Obama itu ada kebenarannya. Buah masih lagi Presiden Amerika Syarikat yang sah! Selagi dia belum mengangkat sumpah, Obama tidak mahu dan tidak patut. menganggu-gugat pentadbiran si koboi bodoh-bekas kaki botol, George W. Bush. Walau bagaimana salahpun arah tuju pentadbiran tersebut. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai profesionalisme ala barat?!

No comments:

Post a Comment