Saturday, February 21, 2009

8-11 September dan 0.0017 Peratus!

Kelmarin genaplasebulan 'perubahan' berjalan di Rumah Putih. Namun ada juga yang masih tidak berubah. Obama seperti juga Bush dulu masih lagi dihantui oleh skandal krisis kredibiliti orang-orang yang dilantik mereka. Obama seperti juga Bush dulu, masih mahu menjajah Afghanistan (laluan paling strategik paip minyak Asia Tengah ke Israel) dengan menambah sejumlah 17,000 tentera-satu deklarasi perang terhadap rakyat Afghanistan! Obama seperti juga Bush dulu, dan presiden-presiden Amerika sebelum mereka, masih lagi terikat dengan lobi dan pengaruh kuat Zionis yang jelas kelihatan kepada kita semua, warga dunia, walaupun berubu-ribu batu jauhnya. Lalu timbul persoalan apakah rakyat Amerika sendiri tidak nampak? Atau mereka semua sudah terlalu lama ditipu dan tertipu sampaikan tidak mampu nampak lagi-buta dalam celik seperti yang berulang kali diberitakan dalam Al-Quran!
Jika Amerika dengan mesin hiburan dunia, Hollywood mampu untuk mengubah sentimen benci masyarakat dunia terhadap bangsa yahudi kepada kasihan dengan Schindler's Listdan filem-filem sedih holocaust (perhatikan kewujudan filem-filem pro yahudi beberapa tahun sekalil dan perhatikan juga kini lambakan filem-filem holocaust sejak Israel dibenci dunia kerana menyerang Gaza!), Amerika juga sebenarnya telah menggunakan mesin propaganda Hollywood terhadap bangsanya sendiri. Jika kita semua, warga dunia adalah mangsa mesin propaganda halus yahudi, bangsa Amerika lah mangsa pertamanya! Amerika (puak-puak Zionis) hanya mengulangi kejayaannya 'brain washed' bangsa Amerika dengan hiburan yang saban tahun dapat mengubah lanskap sosio-politik negara kuasa dunia tersebut, kepada kita semua warga dunia!
Amerika sebenarnya sudah jauh berubah (harapnya dengan pentadbiran Obama, negara tersebut akan berubah menjadi lebih baik). Sejak era Henry Ford yang meragui 'the elders' yahudi kepada (sekarang ini) menerima bulat-bulat apa saja perlakuan bangsa yahudi (terutamanya Israel) atas tiket 'mangsa jenayah perang'! Walaupun kerajaan Babylon atau Hitler sudah tidak wujud lagi,bangsa yahudi telah berjaya membuat tatu 'mangsa' di dahi keturunannya! Dan Hollywood telah memainkan peranannya cukup besar dengan jayanya.
Dan ketika Tun Mahathir membuat kenyataan akhbar bahawa bangsa yahudi memerintah dunia dengan menggunakan orang tengah, seluruh dunia yahudi dan yang pro yahudi bergegar dengan sejuta kemarahan. Macam-macam tuduhan balas yang dilemparkan kepada salah seorang pemimpin paling berpengaruh Asia itu. Tuduhan membuatkan mereka semakin membencinya. Walaupun tahu apa yang diperkatakan Tun itu benar, tetapi mereka risau rahsia atau cara mereka 'memerintah dunia' terbongkar! Apatah lagi ianya dibuat oleh seorang pemimpin muslim daripada sebuah negara membangun yang tidak pernah mahu mengiktiraf kedudukan Israel sebagai sebuah negara berdaulat!
Seseungguhnya sesuatu pembohongan atau 'covert operation' (aktiviti riadah kegemaran CIA dan Mossad) perlu dibuat dengan pernah rahsia dan berhati-hati supaya ianya benar-benar berkesan. Pembohongan harus ditutup dengan lebih banyak pembohongan. Lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih besarlah sesuatu kerja yang perlu dibuat oleh agen-agen pembohongan untuk menjayakan sesuatu pembohongan itu!
Ini mengingatkan kepada filem 'Wag the Dog' yang muncul ketika isu panas Bill clinton dan Monica Lewinsky hangat diperkatakan. Secara kebetulan (atau mungkin juga tidak) filem berkenaan mengisahkan bagaimana seorang 'spin doctor' menggunakan pengaruh mereka ke atas Hollywood untuk mengalihkan debat skandal seks pemimpin mereka dengan 'mengadakan' cerita tentang konflik peperangan. Ada satu adegan yang tidak dapat dilupakan ialah bagaimana 'berita' tentang konflik tersevut dihasilkan di dalam sebuah studio Hollywood. Filem ini membuatkan saya mula mempersoalkan apa yang 'dilihat dengan mata dan kepala'. Bagaimana pula dengan pesanan-pesanan video Osama bin Laden?!
Oskar ke 81 semakin hampir. Sudah lapan tahun mesin hiburan dunia mengadakan sesuatu yang tiada. Daripada lakaran idea, kepada sebuah cerita kepada lakonan yang berkesan. Ini dibantu pula dengan teknik make up dan kesan khas yang berkesan. Tonton saja The Curious Case of Benjamin Button, anda akan lebih faham maksud saya.
Dan ketika kita sedang sibuk bergembira dengan pencapaian manusia meneroka planet Marikh, kita digemparkan (walaupun dakwaan ini bukan baru!) dengan dakwaan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing (wikipedia nama ini dan akan lebih faham) yang mengatakan bahawa semua adegan yang ditonton di kaca TV semasa 'manusia mendarat di bulan', adalah tidak lebih daripada rekaan semata-mata. Lebih teruk lagi ia mendakwaan penipuan itu dilakukan tidak ubah seperti roket tersebut diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio. Katanya lagi, 'pada zaman itu, manusia belum memiliki teknologi untuk misi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus! Atau dalam kata lain mustahil! Harus diingat ketika itu Washinton masih berperang dingin dengan Moscow dan mahu menang dalam perlumbaan menakluk bulan walaupun dengan cara menipu sekalipun! Amerika berjaya menipu dunia dan dunia pula meraikan penipuan ini saban tahun. Malah ada juga yang mendakwa astronaut yang mati adalah sebenarnya dibunuh untuk menutup rahsia kepada penipuan ini! Itu penipuan terbesar dekad itu. Hadiahnya sangat lumayan. Dan harga yang terpaksa dibayar oleh pihak-pihak yang menipu juga besar!
Adakalanya untuk menampakkan betapa betulnya sesuatu penipuan itu banyak pula pengorbanan atau korban yang perlu dilakukan! Dan adakalanya dua buah bangunan pencakar langit ikonik New York dan ribuan nyawa tidak bersalah dikorbankan, seperti yang berlaku pada 11 september lebih kurang lapan tahun lalu! Dan kalau ada diantara anda yang masih tidak percaya bahwasanya agen-agen pembohongan ini sanggup berbuat sedemikian (anda tidak berseorangan sebenarnya, tokoh intelektual kontemporari Amerika paling berpengaruh juga tidak mempercayai teori konspirasi 911), sila lawati laman web reopen911.org.
Dan Obama sedikit bijak kerana memilih untuk mengaku kesilapannya memilih dua tokoh demokrat yang gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan mereka selama beberapa tahun. Obama secara terbuka mengaku silap dan cepat-cepat memohon maaf. Jauh lebih baik daripada Bush sebenarnya yang sampai ke sudah tidak mahu mengaku kesilapannya menyerang Iraq dan Afghanistan, sehinggakan dia menduduki tangga ke 36 (daripada 42 tangga), presiden-presiden yang terbaik Amerika. Mungkin Bill Clinton dengan skandal seksnya, ada berpesan seperkara dua? Atau mungkinkah juga tidak?!

No comments:

Post a Comment