Saturday, February 21, 2009

8-11 September dan 0.0017 Peratus!

Kelmarin genaplasebulan 'perubahan' berjalan di Rumah Putih. Namun ada juga yang masih tidak berubah. Obama seperti juga Bush dulu masih lagi dihantui oleh skandal krisis kredibiliti orang-orang yang dilantik mereka. Obama seperti juga Bush dulu, masih mahu menjajah Afghanistan (laluan paling strategik paip minyak Asia Tengah ke Israel) dengan menambah sejumlah 17,000 tentera-satu deklarasi perang terhadap rakyat Afghanistan! Obama seperti juga Bush dulu, dan presiden-presiden Amerika sebelum mereka, masih lagi terikat dengan lobi dan pengaruh kuat Zionis yang jelas kelihatan kepada kita semua, warga dunia, walaupun berubu-ribu batu jauhnya. Lalu timbul persoalan apakah rakyat Amerika sendiri tidak nampak? Atau mereka semua sudah terlalu lama ditipu dan tertipu sampaikan tidak mampu nampak lagi-buta dalam celik seperti yang berulang kali diberitakan dalam Al-Quran!
Jika Amerika dengan mesin hiburan dunia, Hollywood mampu untuk mengubah sentimen benci masyarakat dunia terhadap bangsa yahudi kepada kasihan dengan Schindler's Listdan filem-filem sedih holocaust (perhatikan kewujudan filem-filem pro yahudi beberapa tahun sekalil dan perhatikan juga kini lambakan filem-filem holocaust sejak Israel dibenci dunia kerana menyerang Gaza!), Amerika juga sebenarnya telah menggunakan mesin propaganda Hollywood terhadap bangsanya sendiri. Jika kita semua, warga dunia adalah mangsa mesin propaganda halus yahudi, bangsa Amerika lah mangsa pertamanya! Amerika (puak-puak Zionis) hanya mengulangi kejayaannya 'brain washed' bangsa Amerika dengan hiburan yang saban tahun dapat mengubah lanskap sosio-politik negara kuasa dunia tersebut, kepada kita semua warga dunia!
Amerika sebenarnya sudah jauh berubah (harapnya dengan pentadbiran Obama, negara tersebut akan berubah menjadi lebih baik). Sejak era Henry Ford yang meragui 'the elders' yahudi kepada (sekarang ini) menerima bulat-bulat apa saja perlakuan bangsa yahudi (terutamanya Israel) atas tiket 'mangsa jenayah perang'! Walaupun kerajaan Babylon atau Hitler sudah tidak wujud lagi,bangsa yahudi telah berjaya membuat tatu 'mangsa' di dahi keturunannya! Dan Hollywood telah memainkan peranannya cukup besar dengan jayanya.
Dan ketika Tun Mahathir membuat kenyataan akhbar bahawa bangsa yahudi memerintah dunia dengan menggunakan orang tengah, seluruh dunia yahudi dan yang pro yahudi bergegar dengan sejuta kemarahan. Macam-macam tuduhan balas yang dilemparkan kepada salah seorang pemimpin paling berpengaruh Asia itu. Tuduhan membuatkan mereka semakin membencinya. Walaupun tahu apa yang diperkatakan Tun itu benar, tetapi mereka risau rahsia atau cara mereka 'memerintah dunia' terbongkar! Apatah lagi ianya dibuat oleh seorang pemimpin muslim daripada sebuah negara membangun yang tidak pernah mahu mengiktiraf kedudukan Israel sebagai sebuah negara berdaulat!
Seseungguhnya sesuatu pembohongan atau 'covert operation' (aktiviti riadah kegemaran CIA dan Mossad) perlu dibuat dengan pernah rahsia dan berhati-hati supaya ianya benar-benar berkesan. Pembohongan harus ditutup dengan lebih banyak pembohongan. Lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih besarlah sesuatu kerja yang perlu dibuat oleh agen-agen pembohongan untuk menjayakan sesuatu pembohongan itu!
Ini mengingatkan kepada filem 'Wag the Dog' yang muncul ketika isu panas Bill clinton dan Monica Lewinsky hangat diperkatakan. Secara kebetulan (atau mungkin juga tidak) filem berkenaan mengisahkan bagaimana seorang 'spin doctor' menggunakan pengaruh mereka ke atas Hollywood untuk mengalihkan debat skandal seks pemimpin mereka dengan 'mengadakan' cerita tentang konflik peperangan. Ada satu adegan yang tidak dapat dilupakan ialah bagaimana 'berita' tentang konflik tersevut dihasilkan di dalam sebuah studio Hollywood. Filem ini membuatkan saya mula mempersoalkan apa yang 'dilihat dengan mata dan kepala'. Bagaimana pula dengan pesanan-pesanan video Osama bin Laden?!
Oskar ke 81 semakin hampir. Sudah lapan tahun mesin hiburan dunia mengadakan sesuatu yang tiada. Daripada lakaran idea, kepada sebuah cerita kepada lakonan yang berkesan. Ini dibantu pula dengan teknik make up dan kesan khas yang berkesan. Tonton saja The Curious Case of Benjamin Button, anda akan lebih faham maksud saya.
Dan ketika kita sedang sibuk bergembira dengan pencapaian manusia meneroka planet Marikh, kita digemparkan (walaupun dakwaan ini bukan baru!) dengan dakwaan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing (wikipedia nama ini dan akan lebih faham) yang mengatakan bahawa semua adegan yang ditonton di kaca TV semasa 'manusia mendarat di bulan', adalah tidak lebih daripada rekaan semata-mata. Lebih teruk lagi ia mendakwaan penipuan itu dilakukan tidak ubah seperti roket tersebut diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio. Katanya lagi, 'pada zaman itu, manusia belum memiliki teknologi untuk misi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus! Atau dalam kata lain mustahil! Harus diingat ketika itu Washinton masih berperang dingin dengan Moscow dan mahu menang dalam perlumbaan menakluk bulan walaupun dengan cara menipu sekalipun! Amerika berjaya menipu dunia dan dunia pula meraikan penipuan ini saban tahun. Malah ada juga yang mendakwa astronaut yang mati adalah sebenarnya dibunuh untuk menutup rahsia kepada penipuan ini! Itu penipuan terbesar dekad itu. Hadiahnya sangat lumayan. Dan harga yang terpaksa dibayar oleh pihak-pihak yang menipu juga besar!
Adakalanya untuk menampakkan betapa betulnya sesuatu penipuan itu banyak pula pengorbanan atau korban yang perlu dilakukan! Dan adakalanya dua buah bangunan pencakar langit ikonik New York dan ribuan nyawa tidak bersalah dikorbankan, seperti yang berlaku pada 11 september lebih kurang lapan tahun lalu! Dan kalau ada diantara anda yang masih tidak percaya bahwasanya agen-agen pembohongan ini sanggup berbuat sedemikian (anda tidak berseorangan sebenarnya, tokoh intelektual kontemporari Amerika paling berpengaruh juga tidak mempercayai teori konspirasi 911), sila lawati laman web reopen911.org.
Dan Obama sedikit bijak kerana memilih untuk mengaku kesilapannya memilih dua tokoh demokrat yang gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan mereka selama beberapa tahun. Obama secara terbuka mengaku silap dan cepat-cepat memohon maaf. Jauh lebih baik daripada Bush sebenarnya yang sampai ke sudah tidak mahu mengaku kesilapannya menyerang Iraq dan Afghanistan, sehinggakan dia menduduki tangga ke 36 (daripada 42 tangga), presiden-presiden yang terbaik Amerika. Mungkin Bill Clinton dengan skandal seksnya, ada berpesan seperkara dua? Atau mungkinkah juga tidak?!

Tuesday, February 10, 2009

7-Era Baru Amerika

Kita Juga sedikit senang (walaupun masih belum mampu tersenyum) dengan berita penangguhan kes perbicaraan seorang warga Afghanistan yang dituduh membunuh seorang askar Amerika di tanahairnya sendiri (kita perlu bertanya diri kita semua-apa perlu seorang askar Amerika untuk berada di sana?) dan ditangkap ketika dia masih lagi seorang kanak-kanak. Namun itu masih belum cukup lagi. Kita sebenarnya mahu remaja itu dibebaskan daripada dakwaan tersebut tanpa syarat! Penahanannya dan penahanan semuawarga muslim di Teluk Guantanamo adalah tidak berasas dan haram sama sekali! Ada yang ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan dan diserahkan kepada tentera Amerika dengan sewenang-wenangnya. Ada juga yang ditahan oleh ketua-ketua puak di Pakistan supaya mereka mendapat habuan wang yang ditawarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ada yang sebenarnya bekerja sebagai tukang masak yang tidak tahu menahu tentang penggunaan senjata tetapi ditangkap dan dihantar terus ke Teluk Guantanamo. Oleh itu semua tahanan hendaklah dibebaskan dengan segera. Isu negara asal mereka tidak mahu menerima mereka adalah helah pentadbiran Amerika semata-mata. Amerika sepatutnya malu dan mula menunjukkan kekesalannya dengan menutup penjara haram itu dalam waktu terdekat. Setahun-dua adalah terlalu lama. Tahanan di Teluk Guantanamo sudah lama menderita. Amerika patut membebaskan mereka semua. Mungkin ini akan menjadi langkah strategik pentadbiran baru Rumah Putih dengan 'mesej baru', berdasarkan kepada kepentingan besama dan semangat saling hormat-menghormati yang dijanjikan oleh Presiden Obama kepada Dunia Islam. Dunia Islam mahu Amerika Syarikat untuk 'walk the talk'. Jika Amerika suka mengkritik negara-negara lain seperti Malaysia contohnya, berkenaan isu-isu hak asasi manusia, mereka juga perlu menunjukkan kepada warga dunia bahawa isu ini sudah ditangani dengan adil dan saksamaoleh pentadbiran mereka. Tetapi Teluk Guantanamo dan 'Extraordinary Rendition' (dengan bantuan sebilangan besar negara-negara Eropah)telah membuktikan sebaliknya.
Namun Amerika Syarikat di era Obama (ramai juga penganalis politik daripada dalam dan luar negara tersebut berpendapat bahawa Obama sebenarnya kurang berpengalaman tentang dasar-dasar luar negaranya) patut berubah daripada sebarang dasar luar yang terbukti telah banyak menyusahkan negara itu sendiri. Obama tidak patut mengulangi pentadbiran Bush! Obama patut hentikan saja dasar 'crusade' yang pernah diucapkan mantan presiden Bush('seorang 'born again christian') ketika dia mula menyerang Afghanistan dan Iraqsebagai membalas dendam kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001. Ironinya Afghanistan dan jauh sekali Iraq, dibawah pentadbiran Saddam Hussein yang dibenci Osama bin Laden, tidak ada kena mengena dengan serangan tersebut. Dan kita juga tahu dan melihat sendiri apa yang telah berlaku kepada kedua-dua negara muslim ini. Dan ramai juga pemerhati politik barat (pandangan pemerhati politik bukan barat tidak diambil berat oleh pemerintah barat) mengecam tindakan salah Amerika Syarikat. Afghanistan dan Iraq adalah satu kesilapan besar! Dan atas kesedaran inilah Obama patut, seperti yang telah dia janjikan iaitu untuk mengeluarkan kesemua sepuluh ribu bala tentera daripada Iraq dan membatalkan sama sekali hasratnya untuk menambah lagi ketumbukkan tenteranya di Afghanistan. Afghanistan akan menjadi Vietnam kedua Amerika. Dan seperti Perang Vietnam, peperang di Afghanistan juga akan menemui kegagalan. Pentadbiran Amerika Syarikat patut belajar daripada kegagalan pentadbiran British dan Russia menakluk 'tanah paling strategik di dunia' itu! Pejuang-pejuang Afghanistan (dengan dibantu oleh mujahid-mujahid daripada luar) sudah lali dengan peperangan. Lepas satu, satu. Ada saja negara kafir laknatullah yang cuba menakluk negara mereka. Sesungguhnya tanah di Khorasan ini akan melahirkan tentera Islam yang bukan calang-calang! Mungkin disebabkan oleh janji inilah negara tersebut tidak pernah aman.
Berbalik Kepada isu pembebasan warga muslim di penjara Guantanamo, apabila mereke semua dibebaskan nanti, tahanan-tahanan itu patut bersatu hati, menyaman kerajaan Amerika Syarikat (dan juga negara-negara lain yang menyokong tindakan negara itu) sebanyak 100 trilion dolar Amerika. Lebih tinggi lebih bagus sebenarnya! Biar negara bankrap yang semakin teruk bankrap itu, jatuh bankrap dengan lebih teruk lagi! Tahanan Guantanamo patut menjadi contoh dan amaran kepada mana-mana kerajaan yang mahu menangkap dan menahan serta menyiksa umat Islam dengan sewenang-wenangnya, untuk berfikir dua kali! Di zaman kemelesetan ekonomi sejagat ini, pamapasan berbentuk wang adalah jalan terbaik untuk menghukum tindakan zalim Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah! Supaya mereka sedar dan berubah! Namun adakah kita warga yang membaca, percaya kepada janji mereka untuk berubah? Adakah kita terlalu mudah percaya?

Friday, February 6, 2009

6-14 Hari Di Rumah Putih

Kelmarin Genaplah dua minggu Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Setelah majlis gilang gemilang termahal dalam perlantikkan seseorang presiden dalam sejarah negara tersebut (lebih bersejarah lagi kerana majlis glamor itu berlangsung ketika Amerika sedang tenat dengan kemelesetan ekonomi terburuk semenjak 'the Great Depression' pada tahun 1930an) dengan kehadiran nama-nama besar dunia hiburan, negara kilang hiburan duniaitu Obama kelihatan sangat bergaya apabila memutuskan untuk tidak meneruskan legasi Bush dengan meluluskan usul California untuk menjadi negeri pengeluar kereta jimat petrol. Cadangan itu pernah ditolak pentadbiran Bush. Tambah Obama, Amerika Syarikat haruslah menjadi pelopor dan pintu utama pengeluar kereta jimat petrol. Ini juga dapat dilihat sebagai komitmen pentadbiran beliau kepada keadaan bumi yang lebih hijau! Mungkin ada yang terkesan dihati Obama apabila dia melakukan pertemuan empat mata dengan Al-Gore untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu pemanasan sejagat. Dan itulah yang menjadi harapan kita semua. Dunia kini mahu melihat sejauh manakah Obama dapat memimpin Amerika Syarikat untuk komited dalam mengurangkan pengeluaran gas karbon pencemar, yang banyak menyumbang kepada penipisan ozon dunia. Amerika dengan kepimpinan Obama tidak patut berdalih lagi dengan menyalahkan China (dan India) dalam isu pelepasan gas karbon pencemar terlampau! Amerika sudah terlalu lama menyalahkan negara lain. Sebagai negara pencemar terbesar dunia, negara itu mempunyai tanggunjawab moral untuk menyelematkan bumi daripada terjerumus teruk ke dalam permasalahan ini. Amerika sendiri harus mengurangkan pencemaran bumi yang datang daripada negaranya dan berhenti menuding ke China. Negara itu juga harus bersedia untuk menandatangani Protokol Kyoto yang sudah terlalu lama dipandang sepi oleh pentadbirannya. Dunia mahu melihat seorang bapa muda seperti Obama dengan dua anak gadis cantik mampu mewariskan bumi yang lebih hijau kepada mereka dan generasi akan datang? Ataupun adakah beliau juga, seperti kita hanya mampu melihat kemusnahan dunia, kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana lobi kuat ahli-ahli perniagaan?! Adakah dia sanggup melihat gugusan kepulauan pasifik tenggelam dan hilang dari peta dunia dengan peningkatan beberapa meter paras air laut? Atau mungkinkah Obama hanya akan berbuat sesuatu apabila kepulauan Hawaii mengalami nasib yang sama?

Thursday, February 5, 2009

5-22 Hari Perang

13 Jam selepas majlis gilang-gemilang perlantikkan Presiden Obama, negara Zionis, Israel laknatullah memberitahu tamadun dunia (yang semakin hari semakin kurang sifat ketamadunannya!) bahawa mereka sudah keluar sepenuhnya dari bumi Gaza. Adakah itu berita baik yang yang patut kita semua raikan? Mungkin untuk Obama dan mereka yang sedang menunggu di Rumah Putih, ini adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Dan dunia juga diberitahu rejim pengganas terbesar dunia itu, bahawa mereka masih berjaga-jaga disepanjang sempadan 'untuk sebarang kemungkinan'. Entah apalah kemungkinan yang difikirkan oleh sebuah gagasan yang menjajah dan menzalimi manusia yang dijajahnya selama lebih 60 tahun?! Apa dengan perbuatan dan dosa mereka kepada bangsa Palestin, mereka masih mengharapkan diberi bunga dan gula-gula? Setakat ini 1300 nyawa telah menjadi korban kebinatangan rejim Zionis tersebut. Beribu-ribu lagi cedera dan hilang tempat tinggal. Kemudahan awam musnah sama sekali. Gaza umpama padang jarak padang terkukur. Yang tinggal hanyalah runtuhan konkrit dan jasad-jasad mereka yang syahid menjadi tetamu Allah subhanawataala. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Unit keluarga musnah sama sekali. Anak kecil sudah kehilangan ibubapa. Ibu-ibu tua sudah hilang pewaris tempat mereka bergantung hidup. Anak-anak kecil sudah dirompak dengan kejamnya, hak mereka untuk membesar seperti kanak-kanak lain. Untuk bergembira seperti kanak-kanak di Amerika Syarikat. Untuk mendapat peluang pergi ke sekolah (tanpa risaukan samaada bilik darjah mereka akan dibom jet-jet canggih pengganas Israel) seperti kanak-kanak di Eropah. Sihat dan mendapat makanan yang cukup seperti kanak-kanak di Asia. Kanak-kanak Palestin memang tidak seperti kanak-kanak lain sebaya mereka. Kawan-kawan mereka dibunuh dengan kejam. Keluarga mereka dibunuh dengan zalim. Rumah dan sekolah mereka telah dimusnahkan. Taman permainan sudah tidak kelihatan seperti sebuah taman lagi. Dan sudah tidak selamat lagi untuk dibawa bermain. Warga dunia patut bertanya sendiri, kanak-kanak seperti apakah yang akan muncul dari celah-celah kemusnahan dan kesengsaraan yang amat dashyat ini? Jenayah Israel dan negara-negara yang menyokong gagasannya (terutamanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah) adalah jauh lebih buruk daripada ratusan ribu nyawa yang telah menjadi korban konflik Tanah Arab. Dipenjara besar Gaza, mereka sebenarnya telah berjaya 'menghasilkan' dab memperbanyakkan bom manusia, yang akan menyerang mereka bila-bila masa dari sekarang. Akan tetapi jika benar-benar difikirkan semula, ini semua adalah objektif utama mereka sebenarnya! Kita jangan pernah lupa, bangsa ini sanggup melakukan apa saja untuk mencapai agenda Zionisnya. Mereka inilah contoh klasik kepada falsafah matlamat menghalalkan cara! Setelah berjaya mempergunakan seorang serbia untuk membunuh Franz Ferdinand di Sarajevo dan memulakan perang dunia pertama semata-mata untuk menyerang dan menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniah, mereka mempergunakan pula ketaksuban segolongan kristian (tentunya dengan hasutan elemen-elemen Zionis) dengan gerakan 'inquisition' di Sepanyol dan kemudiaanya gerakan Nazi di Jerman untuk menyiksa dan membunuh sejumlah orang-orang yahudi. Mereka inilah juga yang mengebom Pusat Dagangan New York pada 11 September 2001 dengan jayanya (kerana dibantu elemen-elemen Zionis di Amerika Syarikat sendiri!) untuk membolehkan mereka menyalahkan Al-Qaeda dan Osama Ben Laden dan kemudiaannya menyerang Iraq (dan kemudiaannya menggantung Saddam Hussein pada salah satu hari kesuciaan umat Islam-Aidil Adha!) dan kemudiaannya Afghanistan. Untuk mencapai agenda Zionis mereka (kita semua patut membaca semula buku Henry Ford tentang protokol rahsia bangsa yahudi), kumpulan ini tidak akan teragak-agak untuk mempergunakan apa saja malah sesiapa saja untuk menjayakan misis mereka membunuh 'lembu-lembu bodoh' (yang lebih tepat ditujukan kepada golongan bukan Islam yang buta dan dungu dengan gerakan jahat golongan pembunuh nabi ini!) Ya mereka inilah bangsa yang membunuh John the Baptist dan kemudiaannya cuba pula membunuh Nabi Isa Al-Masih, dalam perang terbuka mereka terhadap Allah Maha Pencipta, Tuhan Sekelian Alam! Ini adalah orang-orang yang sedar akan perlakuan jahat mereka, tetapi meneruskan juga kerana sifat bongkakdan degil yang teramat, seperti yang telah diberitakan kepada muslimin dalam kitab suci Al-Quran. Dan kenapakah ada juga dikalangan kita yang masih tidak nampak?

4-Barack Hussein Obama

Barack Obama sememangnya seorang individu yang sangat menarik untuk diperhatikan. Latar belakangnya saja sudah sangat mengujakan. Ditambah pula dengan kedudukannya sebagai diantara manusia yang paling berkuasa di dunia, kita tidak akan habis dan puas daripada membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang dirinya. Kita mungkin kecewa dan kita mungkin gembira. Namun kita semacam sudah tidak dapat lari daripada Obama. Obama ada di mana-mana. Lelaki Indonesia seiras Obama akan menjadi saksi kepada kegilaan dunia terhadap lelaki yang bernama Obama ini. Obamamania sudah merebak dengan jayanya. Obama telah berjaya membuatkan kita semua mahu bermimpi bersama-sama dengan 'american dreams'nya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Amerika sudah berjaya membuang label negara paling dibenci dunia (mungkin label itu kini dipegang negara haram Israel), apabila memberi kemenangan tampuk pemerintahan tertinggi negara itu kepada Obama. Daripada kebencian yang teramat, Amerika kini dilihat dan diharap (untuk yang entah ke berapa kali?!) dapat mengadakan jalan penyelesaian kepada permasalahan Palestin. Adakah kita, terlalu cepat sangat berharap?

Tuesday, February 3, 2009

3-Harapan

Kemudiaan Baru-baru ini, lebih kurang seminggu sebelum beliau mengangkat sumpah presiden, Obama sudah mula berdalih tentang penutupan kem tahanan Teluk Guantanamo. Satu-persatu susuk yang bernama Barack Hussien Obama (bapanya seorang muslim) ini mula membuat percaturan strategi yang akan dan patut diambil bila dia menjadi salah seorang daripada pemimpin dunia yang paling berkuasa kelak. Adakah dia benar-benar akan menutup kem tahanan yang menahan tanpa bicara dan menyeksa warga muslim dari pelbagai pelusuk dunia, termasuk dua orang rakyat Malaysia, seperti yang pernah dijanjinya dulu? Dan jika ya adakah dia mampu? Bukan itu saja, malah kita juga mahu melihat, adakah Obama yang bapanya berasal daripada Kenya, sebuah negara di benua Afrika, akan dan mampu membawa perubahan kepada permasalahan benua termiskin di dunia itu? Adakah masalah AIDS yang sudah lama menghantui Afrika akan diberi perhatian oleh lelaki ini yang masih mempunyai ramai saudara-mara terdekat di Kenya?
Namun kita di benua Asia juga mahu tahu adakah lelaki ini yang namanya merupakan nama sebuah pekan di Jepun, yang bersekolah selama beberapa tahun di Indonesia, dan juga mempunyai seorang kakak tiri (saudara seibu) yang separuh Indonesia, akan melayan benua terbesar dunia ini dengan lebih adil dan saksama dalam segala segi? Adakah Asean akan hanya digunakan kerajaan Amerika Syarikat untuk menekan junta tentera Myanmar dan menjadi sekutu negara Uncle Sam itu untuk menentang pengaruh China dan mengecam Korea Utara, sekutu kuatnya, seperti yang pernah dilakukan oleh pentadbiran Bush? Atau adakah Malaysia yang mempunyai suara penting dalam Asean akan dilawati Obama sebagai mengiktiraf kepentingan strategik negara ini dan Asean dalam percaturan politik bagi rantau asia pasifik?

2-Sejenak

Tetapi Bila difikirkan semula. Sejenak mengenang kembali detik-detik kita mula mengenali Obama, dia sememangnya tidak pernah berjanji dengan kita semua, warga dunia, untuk mengubah dasar luar Amerika. Mungkin perubahan yang dijanjikan Obama hanyalah kepada warga Amerika Syarikat sahaja. Perubahan yang dicanang hanyalah kepada lanskap politik dalaman negara kuasa dunia tersebut. Amerika Syarikat sememangnya masih belum bersedia untuk keamanan sejagat. Hukum dua darjat terpakai di sini. Ya, mungkin kita saja yang cepat teruja. Berharap pada yang tidak pernah ada! Obama muncul ketika semua mencemuh Amerika dan politikus-politikusnya, dengan harapan akan muncul insan berperikemanusiaan dalam scenario politik negara polis dunia itu. Itulah sebabnya kita berlapang dada, menghulurkan salam persahabatan apabila Obama muncul dengan mesej perubahannya. Namun masih ada diantara kita yang tidak berputus harap. Masih ada yang percaya kepada janji Obama. Ada yang berpendapat apa yang diperkatakan Obama itu ada kebenarannya. Buah masih lagi Presiden Amerika Syarikat yang sah! Selagi dia belum mengangkat sumpah, Obama tidak mahu dan tidak patut. menganggu-gugat pentadbiran si koboi bodoh-bekas kaki botol, George W. Bush. Walau bagaimana salahpun arah tuju pentadbiran tersebut. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai profesionalisme ala barat?!