Tuesday, February 3, 2009

3-Harapan

Kemudiaan Baru-baru ini, lebih kurang seminggu sebelum beliau mengangkat sumpah presiden, Obama sudah mula berdalih tentang penutupan kem tahanan Teluk Guantanamo. Satu-persatu susuk yang bernama Barack Hussien Obama (bapanya seorang muslim) ini mula membuat percaturan strategi yang akan dan patut diambil bila dia menjadi salah seorang daripada pemimpin dunia yang paling berkuasa kelak. Adakah dia benar-benar akan menutup kem tahanan yang menahan tanpa bicara dan menyeksa warga muslim dari pelbagai pelusuk dunia, termasuk dua orang rakyat Malaysia, seperti yang pernah dijanjinya dulu? Dan jika ya adakah dia mampu? Bukan itu saja, malah kita juga mahu melihat, adakah Obama yang bapanya berasal daripada Kenya, sebuah negara di benua Afrika, akan dan mampu membawa perubahan kepada permasalahan benua termiskin di dunia itu? Adakah masalah AIDS yang sudah lama menghantui Afrika akan diberi perhatian oleh lelaki ini yang masih mempunyai ramai saudara-mara terdekat di Kenya?
Namun kita di benua Asia juga mahu tahu adakah lelaki ini yang namanya merupakan nama sebuah pekan di Jepun, yang bersekolah selama beberapa tahun di Indonesia, dan juga mempunyai seorang kakak tiri (saudara seibu) yang separuh Indonesia, akan melayan benua terbesar dunia ini dengan lebih adil dan saksama dalam segala segi? Adakah Asean akan hanya digunakan kerajaan Amerika Syarikat untuk menekan junta tentera Myanmar dan menjadi sekutu negara Uncle Sam itu untuk menentang pengaruh China dan mengecam Korea Utara, sekutu kuatnya, seperti yang pernah dilakukan oleh pentadbiran Bush? Atau adakah Malaysia yang mempunyai suara penting dalam Asean akan dilawati Obama sebagai mengiktiraf kepentingan strategik negara ini dan Asean dalam percaturan politik bagi rantau asia pasifik?

No comments:

Post a Comment