Tuesday, February 10, 2009

7-Era Baru Amerika

Kita Juga sedikit senang (walaupun masih belum mampu tersenyum) dengan berita penangguhan kes perbicaraan seorang warga Afghanistan yang dituduh membunuh seorang askar Amerika di tanahairnya sendiri (kita perlu bertanya diri kita semua-apa perlu seorang askar Amerika untuk berada di sana?) dan ditangkap ketika dia masih lagi seorang kanak-kanak. Namun itu masih belum cukup lagi. Kita sebenarnya mahu remaja itu dibebaskan daripada dakwaan tersebut tanpa syarat! Penahanannya dan penahanan semuawarga muslim di Teluk Guantanamo adalah tidak berasas dan haram sama sekali! Ada yang ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan dan diserahkan kepada tentera Amerika dengan sewenang-wenangnya. Ada juga yang ditahan oleh ketua-ketua puak di Pakistan supaya mereka mendapat habuan wang yang ditawarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ada yang sebenarnya bekerja sebagai tukang masak yang tidak tahu menahu tentang penggunaan senjata tetapi ditangkap dan dihantar terus ke Teluk Guantanamo. Oleh itu semua tahanan hendaklah dibebaskan dengan segera. Isu negara asal mereka tidak mahu menerima mereka adalah helah pentadbiran Amerika semata-mata. Amerika sepatutnya malu dan mula menunjukkan kekesalannya dengan menutup penjara haram itu dalam waktu terdekat. Setahun-dua adalah terlalu lama. Tahanan di Teluk Guantanamo sudah lama menderita. Amerika patut membebaskan mereka semua. Mungkin ini akan menjadi langkah strategik pentadbiran baru Rumah Putih dengan 'mesej baru', berdasarkan kepada kepentingan besama dan semangat saling hormat-menghormati yang dijanjikan oleh Presiden Obama kepada Dunia Islam. Dunia Islam mahu Amerika Syarikat untuk 'walk the talk'. Jika Amerika suka mengkritik negara-negara lain seperti Malaysia contohnya, berkenaan isu-isu hak asasi manusia, mereka juga perlu menunjukkan kepada warga dunia bahawa isu ini sudah ditangani dengan adil dan saksamaoleh pentadbiran mereka. Tetapi Teluk Guantanamo dan 'Extraordinary Rendition' (dengan bantuan sebilangan besar negara-negara Eropah)telah membuktikan sebaliknya.
Namun Amerika Syarikat di era Obama (ramai juga penganalis politik daripada dalam dan luar negara tersebut berpendapat bahawa Obama sebenarnya kurang berpengalaman tentang dasar-dasar luar negaranya) patut berubah daripada sebarang dasar luar yang terbukti telah banyak menyusahkan negara itu sendiri. Obama tidak patut mengulangi pentadbiran Bush! Obama patut hentikan saja dasar 'crusade' yang pernah diucapkan mantan presiden Bush('seorang 'born again christian') ketika dia mula menyerang Afghanistan dan Iraqsebagai membalas dendam kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001. Ironinya Afghanistan dan jauh sekali Iraq, dibawah pentadbiran Saddam Hussein yang dibenci Osama bin Laden, tidak ada kena mengena dengan serangan tersebut. Dan kita juga tahu dan melihat sendiri apa yang telah berlaku kepada kedua-dua negara muslim ini. Dan ramai juga pemerhati politik barat (pandangan pemerhati politik bukan barat tidak diambil berat oleh pemerintah barat) mengecam tindakan salah Amerika Syarikat. Afghanistan dan Iraq adalah satu kesilapan besar! Dan atas kesedaran inilah Obama patut, seperti yang telah dia janjikan iaitu untuk mengeluarkan kesemua sepuluh ribu bala tentera daripada Iraq dan membatalkan sama sekali hasratnya untuk menambah lagi ketumbukkan tenteranya di Afghanistan. Afghanistan akan menjadi Vietnam kedua Amerika. Dan seperti Perang Vietnam, peperang di Afghanistan juga akan menemui kegagalan. Pentadbiran Amerika Syarikat patut belajar daripada kegagalan pentadbiran British dan Russia menakluk 'tanah paling strategik di dunia' itu! Pejuang-pejuang Afghanistan (dengan dibantu oleh mujahid-mujahid daripada luar) sudah lali dengan peperangan. Lepas satu, satu. Ada saja negara kafir laknatullah yang cuba menakluk negara mereka. Sesungguhnya tanah di Khorasan ini akan melahirkan tentera Islam yang bukan calang-calang! Mungkin disebabkan oleh janji inilah negara tersebut tidak pernah aman.
Berbalik Kepada isu pembebasan warga muslim di penjara Guantanamo, apabila mereke semua dibebaskan nanti, tahanan-tahanan itu patut bersatu hati, menyaman kerajaan Amerika Syarikat (dan juga negara-negara lain yang menyokong tindakan negara itu) sebanyak 100 trilion dolar Amerika. Lebih tinggi lebih bagus sebenarnya! Biar negara bankrap yang semakin teruk bankrap itu, jatuh bankrap dengan lebih teruk lagi! Tahanan Guantanamo patut menjadi contoh dan amaran kepada mana-mana kerajaan yang mahu menangkap dan menahan serta menyiksa umat Islam dengan sewenang-wenangnya, untuk berfikir dua kali! Di zaman kemelesetan ekonomi sejagat ini, pamapasan berbentuk wang adalah jalan terbaik untuk menghukum tindakan zalim Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah! Supaya mereka sedar dan berubah! Namun adakah kita warga yang membaca, percaya kepada janji mereka untuk berubah? Adakah kita terlalu mudah percaya?

No comments:

Post a Comment