Thursday, February 5, 2009

4-Barack Hussein Obama

Barack Obama sememangnya seorang individu yang sangat menarik untuk diperhatikan. Latar belakangnya saja sudah sangat mengujakan. Ditambah pula dengan kedudukannya sebagai diantara manusia yang paling berkuasa di dunia, kita tidak akan habis dan puas daripada membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang dirinya. Kita mungkin kecewa dan kita mungkin gembira. Namun kita semacam sudah tidak dapat lari daripada Obama. Obama ada di mana-mana. Lelaki Indonesia seiras Obama akan menjadi saksi kepada kegilaan dunia terhadap lelaki yang bernama Obama ini. Obamamania sudah merebak dengan jayanya. Obama telah berjaya membuatkan kita semua mahu bermimpi bersama-sama dengan 'american dreams'nya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Amerika sudah berjaya membuang label negara paling dibenci dunia (mungkin label itu kini dipegang negara haram Israel), apabila memberi kemenangan tampuk pemerintahan tertinggi negara itu kepada Obama. Daripada kebencian yang teramat, Amerika kini dilihat dan diharap (untuk yang entah ke berapa kali?!) dapat mengadakan jalan penyelesaian kepada permasalahan Palestin. Adakah kita, terlalu cepat sangat berharap?

No comments:

Post a Comment